BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 28 January 2012

NO TITLE ^^

Assalamualaikum w.b.t :)

macam mana life korang hari ni ? better than yesterday or bitter than yesterday ^^
apapun jawapan anda , terimalah ia dengan hati yang terbuka . kerana setiap hari yang kita lalui , sudah pun diatur oleh Allah , kan kan ? *guddddd :)
life saya hari ni ? yea alhamdulillah ... BETTER than yesterday . mugkin kekecewaan yang saya alami semalam merupakan satu petunjuk supaya saya hanya perlu berserah kepada Allah kerana hidup mati , jodoh pertemuan , dan juga rezeki semuanya Allah yang tentukan , ya tidak ? *thumbs up !

entah kenapa , sejak dua menjak nii , hati saya rasa terlalu sayu , tenang , kadang-2 rasa takut .. ish , susah untuk saya gambarkan . setiap kali itu juga , tanpa sedar saya memikirkan masa depan yang bakal saya lalui nanti , di zaman yang penuh mencabar . bagaimana kehidupan saya akan datang ? kuatkah saya berdepan dengan pelbagai benda-2 baru yang sesetengahnya boleh mendatangkan kesan negatif dan sesetengahnya memerlukan saya berdikari tanpa bantuan sesiapa pun . mampukah saya ? bila jauh dari mak dan abah yang tidak lekang-2 memberi pesan "jaga diri dan batas dalam pergaulan". 
bukannya saya tak boleh hidup berdikari atau manja , tapi setiap perkara yang saya buat , saya hadapi , saya akan berkongsi dengan mak saya sendiri . bagi aku mak bagaikan alat perakam suara saya yang paling setia . masalah , dan semua perkara yang saya alami selama 17 tahun 5 bulan ni , semuanya saya mengadu pada mak . 

kenyataannya , saya takut untuk menempuh alam baru , alam baru yang saya harapkan akan membawa saya ke arah yang lebih baik dan matang . bukan ke arah yang Dia murka . 
"semoga aku akan lebih kuat dan tabah pada masa-2 akan datang" 
aminnn :')


to kak Ct dan Abg Anuar , yang melangsungkan perkahwinan mereka hari ini , SELAMAT PENGANTIN BARU , semoga perkahwinan kalian sentiasa diberkati Allah . :') 
soryy ! kami tak pergi sebab mak kami pergi kenduri tempat lain dulu , ralit bersembang smpai terlepas waktu yg dijanjikan . heee :)
kak ct pun dah berngkat ke rumah pihak lelaki . sorryyy ^^



~TERIMAKASIH~


suka? like jerr , syukran ya :)

0 comments: