BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 28 January 2012

NO TITLE ^^

Assalamualaikum w.b.t :)

macam mana life korang hari ni ? better than yesterday or bitter than yesterday ^^
apapun jawapan anda , terimalah ia dengan hati yang terbuka . kerana setiap hari yang kita lalui , sudah pun diatur oleh Allah , kan kan ? *guddddd :)
life saya hari ni ? yea alhamdulillah ... BETTER than yesterday . mugkin kekecewaan yang saya alami semalam merupakan satu petunjuk supaya saya hanya perlu berserah kepada Allah kerana hidup mati , jodoh pertemuan , dan juga rezeki semuanya Allah yang tentukan , ya tidak ? *thumbs up !

entah kenapa , sejak dua menjak nii , hati saya rasa terlalu sayu , tenang , kadang-2 rasa takut .. ish , susah untuk saya gambarkan . setiap kali itu juga , tanpa sedar saya memikirkan masa depan yang bakal saya lalui nanti , di zaman yang penuh mencabar . bagaimana kehidupan saya akan datang ? kuatkah saya berdepan dengan pelbagai benda-2 baru yang sesetengahnya boleh mendatangkan kesan negatif dan sesetengahnya memerlukan saya berdikari tanpa bantuan sesiapa pun . mampukah saya ? bila jauh dari mak dan abah yang tidak lekang-2 memberi pesan "jaga diri dan batas dalam pergaulan". 
bukannya saya tak boleh hidup berdikari atau manja , tapi setiap perkara yang saya buat , saya hadapi , saya akan berkongsi dengan mak saya sendiri . bagi aku mak bagaikan alat perakam suara saya yang paling setia . masalah , dan semua perkara yang saya alami selama 17 tahun 5 bulan ni , semuanya saya mengadu pada mak . 

kenyataannya , saya takut untuk menempuh alam baru , alam baru yang saya harapkan akan membawa saya ke arah yang lebih baik dan matang . bukan ke arah yang Dia murka . 
"semoga aku akan lebih kuat dan tabah pada masa-2 akan datang" 
aminnn :')


to kak Ct dan Abg Anuar , yang melangsungkan perkahwinan mereka hari ini , SELAMAT PENGANTIN BARU , semoga perkahwinan kalian sentiasa diberkati Allah . :') 
soryy ! kami tak pergi sebab mak kami pergi kenduri tempat lain dulu , ralit bersembang smpai terlepas waktu yg dijanjikan . heee :)
kak ct pun dah berngkat ke rumah pihak lelaki . sorryyy ^^



~TERIMAKASIH~


suka? like jerr , syukran ya :)

Friday 27 January 2012

SEMANGATKAN DIRI :')



UNIC ; ATAS NAMA CINTA ..

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya


suka? like jerr , syukran ya :)

MAAFKAN AKU YA ALLAH ...



Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku


Ya Allah , berikanlah hambaMu ini petunjuk .. 


suka? like jerr , syukran ya :)

Tuesday 24 January 2012

TENGS TO KAK LYSSA ;)



Assalamualaikum w.b.t .....

 post kedua bagi hari yang sama , waktu yang berlainan .. ^^
saya hebat kan kan ? *ee , perasan nye . hehe* takkk , posting saya kali ini ditujukan khas buat seorang blogger  ni , atau lebih sesuai iaitu sifu kepada saya la juga .. blog kak lyssa tu memang TERBAIKKKKK .. *ala-ala boboi boy , haha ^^ 
kalau nak tau , segala design dalam blog saya ni , saya belajar dari blog ini http://www.lyssasecret.com/ ..
seriously , saya katakan blog kak lyssa adalah salah satu blog yang memuatkan mcm-2 TUTORIAL mengenai dunia blogging .. *tengs very much-2 to kak lyssa ! ;)

saya belajar semuanya dari blog kakak ni .. tutorial yang dia ajar , memang mudah , dan simple ! .. sesetengah  blogger tu , tutorial yang diawong ajar , susah ,  aduss! macam nak dera kita yang baru-2 nak jinak ni je kan  . *minta maaf la kalau terasa . tegur menegur tak salah kan ? peacee :) 

 sebelum saya jumpa blog kak lyssa , saya hampir giveup juga sebab tak pandai nak mencantikkan blog ni . sesebuah blog yang wujud , memrlukan kreativiti untuk menarik orang ramai untuk follow blog kita , bukan niat menunjuk nunjuk , tetapi design memang menjadi keutamaan dalam dunia blogging . dan .... input-2 yang ada dalam sesebuah blog juga amat penting . kan kan ? ;)
kalau design saje lawa tapi posting benda yang sama je ( cinta , cinta cinta ) tak habis-2 , orang boleh meluat juga kan kan ^^
yeah , melalut sudah , hehe . okei ! back to the topic .. kalau korang new blogger macam saya ni , teringin nak design cantik-2 macam blog saya ni *alahai , perasannya saya , noh ? ngee , boleh la belajar , intai-2 usha-2 blog kak lyssa . korang akan tersenyum ja bila berjaya buat tutorial-2 tuu . senang je .. jangan pening , jangan risau . okei ? ^^ blog saya ni dilahirkan pun sbg batu loncatan , dan permulaan untuk saya mulamengarang dan mencari idea.. nak jadi novelist la katakan , insyaAllah , doakan saya yea , tq kwn ..

pesanan untuk kak comei , kak lyssa : i luv ur blog sis ! nice blog . tips-2 yang akak punya memang bermanfaat .. keep it up ! thanks a lot .. muaah !



~TERIMAKASIH~



suka? like jerr , syukran ya :)

Tuesday 17 January 2012

JIKA AKU JATUH CINTA ..



Bismillahhirrahmanirrahim ..
Ya Allah .. jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU , agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu ..

Ya Muhaimin .. jika aku jatuh hati , izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepadaMu .. agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu ..

Ya Rabbana .. jika aku jatuh hati , jagalah hatiku padanya , agar tidak terpaling dari hatiMu ..
Ya Rabbal Izzati .. jika aku rindu , rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu ..

Ya Allah , jika aku menikmati cinta kekasihMu ,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu ..

Ya Allah , jika aku jatuh hati pada kekasihMU ,jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh , dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu ..
Ya Allah , jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu ,jangan biarkan aku melampaui batas , sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya , kepadaMu ..

AMIN YA RABBALA'LAMIN ..

carilah cinta yang sejati , cinta yang mendapat keredhaan ALLAH .
kerana cinta itu lah ..
yang membawa kebahagiaan yang hakiki ..
semoga ALLAH memberkati kita & meletakkan kita di bawah lembayung rahmatNya ,
insyaALLAH ..




suka? like jerr , syukran ya :)

Friday 13 January 2012

apa dah jadi ?

Assalamualaikum w.b.t ..



yeaaa , sihat ? 
aku , TAK SIHAT .. :'(

adus adus adoi ! demam melanda satu badan ..
terowong di hidung mula berair + ketat jer HAHA .
batuk ? xpayah nak menti0n laa , sakit dada baq hang . *perrgghh , bahasa apakah ituu ? :D


*taraaaaa! HAHA , cantik kan ? ni laa SAMSUNG WAVE Y ! dah survey dah hp nii, memang menagkap hati .. argghh , wait 4 me yeah , i will grab u , and u will be my first love , ^^

hp lama dah rosak ! nak laa jugak rasa pakai duit sendiri beli henp0n .. 
gaji next month , baru nak simpan buat masa susah nanti .. kan kan ? :)
sekarang ni baru aku tau , bukan senang nak cari duit , kalau tak guna keyakinan dan tenaga yang ada , ehhh  jangan harap laa korang nak dapat pegang duit sendiri dan yang pasti HALAL oke ? * gudd .. 
derrr , nak cari keja pun susah , apa lagi nak berasa pegang duit kan ? 
len la duit dari sumber yang ALLAH murka . jangan , jangan ! 

peganglah pada prinsip ini ..
semiskin mana pun kita , xkan maruah digadai !! penegasan sgt-2 kat sini . 
zaman sekarang ni suma boleh dapat kat hujung jari je , tp jangan pulak bg orang laki fikir "lah , pompuan ni mcm internet jer , nak boleh dapat kat hujung jari jer , labur jer duit depan mata depa , jatuh terus dalam tangan kita weeiih" .. ish ish , jangan la jadi mcm tu kan ? astaghfirullahhalazim .. 

baiklah kwn-2 sygs .. egt , maruah perlu diletakkan pada tempat yang paling tinggi , xkan tergapai dek tangan-2 orang yang bukan muhrim mu .. 

SEMOGA SIHAT ..
~TERIMAKASIH~




suka? like jerr , syukran ya :)

Monday 2 January 2012

demam ombak rindu ?


Tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya ..
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia disisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingat Kamu kala dukaku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawahlah rinduku
untuk dirinya yang jauh dari ku
agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti .....


edisi lama


edisi terbaru ..


assalamualaikum ... :)
yeahhh ,pasti ramai yang macam 'wahhhhhhhhh , ombak rindu!' hehe .
uissshh , nak tawu , i luv that song very much-2 ! ngee ~  tapi aku tak suka movie dia , ya allah , apa yang best sangat pun xtawu la .. banyak yang dipotong , dan jalan cerita nya , tergantung kan ? *setahu aku la yea..
tp yang pasti novel dia memang best !
dan kalau nak dibandingkan antara penulis novel dgn director , yaaa sudah pasti penulis novel lagi hebat daripada pengarah kan ?
sebabnya , karya asal adalah daripada idea penulis , pengarah cuma copy paste ! am i right ? haha .

oke3 , bialah sapa pun lagi hebat , yang pasti dan yakinnya aku tetap nak kata aku HEBAT !
sebab ? *no komen .. kih3 .


~TERIMAKASIH~


suka? like jerr , syukran ya :)

Sunday 1 January 2012

Artikel I Luv Islam

assalamualaikum w.b.t ..
bismillahhirrahmanirrahim.. :)

apa kahbar korang di tahun baru ini ?
mudah mudahan sihat yerr .. Sy sihat seadanya , syukur . cuma terasa sedikit keletihan . sehari suntuk keluar p jalan , menghabiskan cuti keja aryni ! yaehh .

oke , masa saya tengah on9 FB td , memang menjadi kebiasaan saya suka menyelam sambil minum air ..

macam ni td saya ada baca satu artikel yang terkandung dekat http://iluvislam.com/
uisssshh , menarik taw artikel ni .. so kalau korang malas nk bukak , atau cari , s0kay !
jangan runsing jangan nagis !
saya dengan senang hati ,  dah siap copy n paste artikel tu kat bawah ni .....
silakanlah membaca .... :)



....................................................................................................................................................................

APABILA MEMINATI SESEORANG ..

"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.


Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.


"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"
"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"
************************
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
**********************
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa. 
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
***********************
Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.





* HAA .. menarik tak ? 
oke terpulang pada k0rang untuk menilainya .. saya suka baca artikel-2 dan blog blog orang ni ! bertambah ilmu , dan dapat jadikan pengajaran kan ? 


~TERIMAKASIH~



suka? like jerr , syukran ya :)